BAB
1
Keadaan
di rumah Haji Leman begitu riuh rendah dengan suara Sulaiman yang sedang
memarahi anaknya dan orang-orang kampung yang bercakap-cakap. Dari bawah lagi
telah kedengaran suala Sulaiman sedang memarahi anaknya.
“Dari
kecik aku jaga kau,bagi kau pendidikan, hantar kau belajar kau tinggi-tinggi
supaya kau berilmu tahu yang mana betul yang mana tidak. Tapi ini yang kau
balas dekat aku dasar anak tak tahu dek untung.” Akibat tidak dapat mengawal
marahnya terus ditampar anaknya itu. semua yang berada disitu terkejut dengan
tindakan Sulaiman tetapi tiada sesiapa pun yang berani menegur Sulaiman.
Tiba-tiba
lelaki asing yang sedang duduk dihadapan bersuara “pak cik jangan buat macam tu
pak cik kami tak buat salah. Kami diperangkap, saya berani sumpah demi Allah
kami tak buat pape yang salah.”
Semua
yang berada disitu terkejut dengan tindakan berani pemuda tersebut. Sulaiman
terus memandang pemuda tersebut dan berkata “walaupun kamu berdua tak buat
pape, tapi pada pandangan masyarakat anak aku dah buat maksiat. Maruah aku dah
tercemar. Mana aku nak letak muka aku ni?”
“
saya sanggup bertanggumgjawab pak cik, saya akan kajwin dengan anak pak
cik,saya akan bersihkan maruah pak cik sekeluarga.”
Mendengarkan
kata-kata tersebut Sulaiman terus memeluk pemuda tersebut dan berkata “terima
kasih nak. Terima kasih banyak-banyak. Alhamdulillah .”
Mendengar
sahaja kata-kata pemuda itu dan ayahnya Intan terus menjerit “tak, Intan tak
nak kawin dengan dia, Intan tak rela. Intan tak kenal pun siapa dia. Mak cik
tolong Intan pujuk ayah jangan kawinkan Intan dengan dia.” Rayu Intan pada ibu
tirinya.
Tiba-tiba
Sulaiman bangun dan berkata “ haji saya
nak sekarang juga Haji
kawinkan anak saya dengan pemuda ni”.
Kata-kata
tersebut membuat Intan semakin terkejut. Lalu dia bangun dan berlutut dihadapan
ayahnya dan berkata “Ayah Intan merayu dengan ayah jangan buat Intan macam ni ayah. Intan tak kenal pun dia siapa.
Banyak lagi perkara yamg Intan masih belum buat. Janji Intan dengan arwah nenek
pun Intan belum tunaikan. Tolonglah ayah Intan merayu sangat-sangat dengan
ayah.”
Tanpa mempedulikan kata-kata
anaknya itu Sulaiman terus meminta Haji Leman supaya melaksanakan akad nikah
tersebut.
Maka
dengan sekali lafaz akhirnya Luqman dan Intan telah sah menjad suami isteri.
Ketika Luqman cuba menghampiri Intan ,dia terus melarikan diri.
Melihatkan
situasi tersebut Sulaiman terus memarahi anaknya itu “ kamu ni kenapa ha Intan tak cukup lagi ke
kau malukan ayah. Duduk salam tangan
suami kau tu.” Mendengarkan arahan
ayahnya itu Intas terus menyalami tangan suaminya. Sebaik sahaja Intan menyalami tangannya terus Luqman
mencium dahinya membuatkan Intan terkaku seketika.
.......................................................................................................
Dalam sebuah bilik bergema kedengaran suara orang sedang ketawa seperti telah memenagi durian runtuh. "Hahaha!!!!!kesian kau Sulaiman. Akhirnya berjaya jugak aku balas dendam pada kau.Sekarang semua orang dah pandang serong pada kau dan keluarga kau. Anak yang kau sanjung selama ini dah mebconteng arang kat muka kau. Dan aku akan pastikan yang kau akan bertambah lamu dan aku akan pisahkan keluarga kau daripada kau. Aku akan buat kau terus menderita. Aku akan pastikan kau menderita seperti mana aku menderita"