Monday, 30 January 2012

Bab 1


BAB 1

Keadaan di rumah Haji Leman begitu riuh rendah dengan suara Sulaiman yang sedang memarahi anaknya dan orang-orang kampung yang bercakap-cakap. Dari bawah lagi telah kedengaran suala Sulaiman sedang memarahi anaknya. 
“Dari kecik aku jaga kau,bagi kau pendidikan, hantar kau belajar kau tinggi-tinggi supaya kau berilmu tahu yang mana betul yang mana tidak. Tapi ini yang kau balas dekat aku dasar anak tak tahu dek untung.” Akibat tidak dapat mengawal marahnya terus ditampar anaknya itu. semua yang berada disitu terkejut dengan tindakan Sulaiman tetapi tiada sesiapa pun yang berani menegur Sulaiman.

Tiba-tiba lelaki asing yang sedang duduk dihadapan bersuara “pak cik jangan buat macam tu pak cik kami tak buat salah. Kami diperangkap, saya berani sumpah demi Allah kami tak buat pape yang salah.”

Semua yang berada disitu terkejut dengan tindakan berani pemuda tersebut. Sulaiman terus memandang pemuda tersebut dan berkata “walaupun kamu berdua tak buat pape, tapi pada pandangan masyarakat anak aku dah buat maksiat. Maruah aku dah tercemar. Mana aku nak letak muka aku ni?”
“ saya sanggup bertanggumgjawab pak cik, saya akan kajwin dengan anak pak cik,saya akan bersihkan maruah pak cik sekeluarga.”

Mendengarkan kata-kata tersebut Sulaiman terus memeluk pemuda tersebut dan berkata “terima kasih nak. Terima kasih banyak-banyak. Alhamdulillah .”

Mendengar sahaja kata-kata pemuda itu dan ayahnya Intan terus menjerit “tak, Intan tak nak kawin dengan dia, Intan tak rela. Intan tak kenal pun siapa dia. Mak cik tolong Intan pujuk ayah jangan kawinkan Intan dengan dia.” Rayu Intan pada ibu tirinya.

Tiba-tiba Sulaiman bangun dan berkata “ haji  saya nak sekarang juga Haji 
kawinkan anak saya dengan pemuda ni”.

Kata-kata tersebut membuat Intan semakin terkejut. Lalu dia bangun dan berlutut dihadapan ayahnya dan berkata “Ayah Intan merayu dengan ayah jangan buat Intan macam  ni ayah. Intan tak kenal pun dia siapa. Banyak lagi perkara yamg Intan masih belum buat. Janji Intan dengan arwah nenek pun Intan belum tunaikan. Tolonglah ayah Intan merayu sangat-sangat dengan ayah.”  
Tanpa mempedulikan kata-kata anaknya itu Sulaiman terus meminta Haji Leman supaya melaksanakan akad nikah tersebut.
Maka dengan sekali lafaz akhirnya Luqman dan Intan telah sah menjad suami isteri. Ketika Luqman cuba menghampiri Intan ,dia terus melarikan diri. 

Melihatkan situasi tersebut Sulaiman terus memarahi anaknya itu  “ kamu ni kenapa ha Intan tak cukup lagi ke kau malukan ayah. Duduk  salam tangan suami kau tu.”  Mendengarkan arahan ayahnya itu Intas terus menyalami tangan suaminya. Sebaik sahaja  Intan menyalami tangannya terus Luqman mencium dahinya membuatkan Intan terkaku seketika.

.......................................................................................................

 Dalam sebuah bilik bergema kedengaran suara orang sedang ketawa seperti telah memenagi durian runtuh. "Hahaha!!!!!kesian kau Sulaiman. Akhirnya berjaya jugak aku balas dendam pada kau.Sekarang semua orang dah pandang serong pada kau dan keluarga kau. Anak yang kau sanjung selama ini dah mebconteng arang kat muka kau. Dan aku akan pastikan yang kau akan bertambah lamu dan aku akan pisahkan keluarga kau daripada kau. Aku akan buat kau terus menderita. Aku akan pastikan kau menderita seperti mana aku menderita" 

   

No comments:

Post a Comment