Friday, 13 April 2012

TCK BAB2(ii)


BAB2(ii)
Melihatkan Luqman yang memasuki bilik tersebut Intan hanya memandangnya dan tersenyum. Suasana di bilik tersebut sunyi tanpa sebarang bunyi. 
Melihatkan situasi tersebut Luqman pun bersuara

“ Maaflah esok Luqman tak dapat nak hantar Intan sebab esok Luqman kena lawat tapak projek.”

Mendengarkan kata-kata tersebut Intan hanya mencebik, namun selepas itu dia berpaling menghadap Luqman sambil tersenyum dan dia berkata

“ Tak pe Intan faham yang Luqman sibuk. Emm…apa kata Luqman hantar Intan kat terminal esok. At least awak hantar jugakkan walaupun just kat terminal.” Kata-kata tersebut hanyalah untuk mengambil hati Luqman kerana itulah rancangannya. Membuatkan Luqman dan semua orang percaya bahawa dia telah menerima Luqman sebagai suaminya namun sebenarnya dia telah mempunyai rancangan lain.

“ Ok jugak tu. Esok bas pukul berapa?” Tanya Luqman, dia sangat gembira  demgan perubahan sikap isterinya itu dan dia berharap sikap Intan terhadapnya selepas ini tidak akan berubah.

“ Pukul 10.00 pagi. Kalau awak nak tidur, tidurlah dulu saya nak kemas baju sekejap.”

Jam sudah hampir pukul 3 pagi, namun Intan masih belum melelapkan mata.  Dia hanya memandang ke arah Luqman yang sudah lama lena diatas katil sedangkan dia sendiri masih terkebil-kebil diatas lantai. Lantas diambil gambar arwah ibunya lalu didakap seeratnya. 

“ Ibu kenapa ibu tinggal Intan. Intan dah tak kuat ibu. Dulu ayah kawin lain, sekarang Intan terpaksa kawin dengan lelaki yang Intan tak kenal. Ini je satu-satunya cara yang Intan boleh buat, Intan tahu keputusan yang Intan buat salah tapi Intan dah tak tahu cara apa lagi yang Intan boleh buat. Maafkan Intan ibu.” Rintih Intan sambil mendakap gambar arwah ibunya.


Mariana hanya mampu melihat sahabat baiknya itu menangis. Diusap belakang badan Intan. Tumpah simpatinya pada sahabatnya itu.

”Dah lah tu Intan, dah banyak kau menangis. Sabarlah. Aku tahu kata-kata aku ni tak boleh ubati hati kau tapi hanya tu je yang mampu aku ucapkan.” Nasihat Marina.

Mereka mula berkawan sejak semester satu lagi. Dimana ada Intan disitulah adanya marian dan begitu juga sebaliknya. Walaupun mereka berlainan kursus.

“  Aku malu Ina. Malu dengan orang kampung aku. Diaorang kata aku ni belajar je tinggi-tinggi tapi yang halal dan haram pun tak tahu nak beza, aku tak kisah semua tu. Tapi yang paling aku sedih diaorang hina arwah ibu aku,diaorang cakap ibu aku tak reti ajar anak sebab tu aku jadi macam aku. Ibu aku dah takada diaorang tak faham ke? Hati aku pedih,sakit.” luah Intan pada Marina. Marina turut menangis mendengarkan luahan hati sahabat baiknya itu.

“ Tapi aku dah nekad, aku akan ikut kau ke Labuan.”

Mendengarkan kata-kata tersebut Marina terkejut “ Ha..ikut aku??”

Intan hanya mengangguk sebagai tanda menjawab pertanyaan tersebut.

“Tapi…”

Belum pun sempat Marina berkata Intan terus memintas percakapan Marina.

“ Aku just ikut kau. Nanti sampai sana aku akan cari kerja dan cari rumah 
lain.” Terang Intan.

“ Bukan itu maksud aku. Kau kan dah kahwin, dah ada suami. Tak kira sama ada kau setuju ataupun tidak dengan perkahwinan kau. Kau tetap kena ikut cakap dia. Berdosa kalau kau keluar runah tanpa izin dia.”terang marina kerana dia tidak mahu intan fikir bahawa dia tidak ingin menolong intan.

“ itu aku tahu ina tapi ini je cara yang ada. Lagipun aku nak tenangkan fikiran aku, fikir cara lain selesaikan masalah ni. Tolonglah aku ina.”rayu intan.

Hiba hati marina mendengarnya. “ok, tapi dengan satu syarat.”

“syarat? Syarat apa?”tanya intan kehairanan.

“yup. Masakkan aku tom yam special kau. Rindulah aku dengan masakan kau.”

Akhirnya kedua-dua mereka tergelak.

No comments:

Post a Comment