Friday, 13 April 2012

TCK BAB2(ii)


BAB2(ii)
Melihatkan Luqman yang memasuki bilik tersebut Intan hanya memandangnya dan tersenyum. Suasana di bilik tersebut sunyi tanpa sebarang bunyi. 
Melihatkan situasi tersebut Luqman pun bersuara

“ Maaflah esok Luqman tak dapat nak hantar Intan sebab esok Luqman kena lawat tapak projek.”

Mendengarkan kata-kata tersebut Intan hanya mencebik, namun selepas itu dia berpaling menghadap Luqman sambil tersenyum dan dia berkata

“ Tak pe Intan faham yang Luqman sibuk. Emm…apa kata Luqman hantar Intan kat terminal esok. At least awak hantar jugakkan walaupun just kat terminal.” Kata-kata tersebut hanyalah untuk mengambil hati Luqman kerana itulah rancangannya. Membuatkan Luqman dan semua orang percaya bahawa dia telah menerima Luqman sebagai suaminya namun sebenarnya dia telah mempunyai rancangan lain.

“ Ok jugak tu. Esok bas pukul berapa?” Tanya Luqman, dia sangat gembira  demgan perubahan sikap isterinya itu dan dia berharap sikap Intan terhadapnya selepas ini tidak akan berubah.

“ Pukul 10.00 pagi. Kalau awak nak tidur, tidurlah dulu saya nak kemas baju sekejap.”

Jam sudah hampir pukul 3 pagi, namun Intan masih belum melelapkan mata.  Dia hanya memandang ke arah Luqman yang sudah lama lena diatas katil sedangkan dia sendiri masih terkebil-kebil diatas lantai. Lantas diambil gambar arwah ibunya lalu didakap seeratnya. 

“ Ibu kenapa ibu tinggal Intan. Intan dah tak kuat ibu. Dulu ayah kawin lain, sekarang Intan terpaksa kawin dengan lelaki yang Intan tak kenal. Ini je satu-satunya cara yang Intan boleh buat, Intan tahu keputusan yang Intan buat salah tapi Intan dah tak tahu cara apa lagi yang Intan boleh buat. Maafkan Intan ibu.” Rintih Intan sambil mendakap gambar arwah ibunya.


Mariana hanya mampu melihat sahabat baiknya itu menangis. Diusap belakang badan Intan. Tumpah simpatinya pada sahabatnya itu.

”Dah lah tu Intan, dah banyak kau menangis. Sabarlah. Aku tahu kata-kata aku ni tak boleh ubati hati kau tapi hanya tu je yang mampu aku ucapkan.” Nasihat Marina.

Mereka mula berkawan sejak semester satu lagi. Dimana ada Intan disitulah adanya marian dan begitu juga sebaliknya. Walaupun mereka berlainan kursus.

“  Aku malu Ina. Malu dengan orang kampung aku. Diaorang kata aku ni belajar je tinggi-tinggi tapi yang halal dan haram pun tak tahu nak beza, aku tak kisah semua tu. Tapi yang paling aku sedih diaorang hina arwah ibu aku,diaorang cakap ibu aku tak reti ajar anak sebab tu aku jadi macam aku. Ibu aku dah takada diaorang tak faham ke? Hati aku pedih,sakit.” luah Intan pada Marina. Marina turut menangis mendengarkan luahan hati sahabat baiknya itu.

“ Tapi aku dah nekad, aku akan ikut kau ke Labuan.”

Mendengarkan kata-kata tersebut Marina terkejut “ Ha..ikut aku??”

Intan hanya mengangguk sebagai tanda menjawab pertanyaan tersebut.

“Tapi…”

Belum pun sempat Marina berkata Intan terus memintas percakapan Marina.

“ Aku just ikut kau. Nanti sampai sana aku akan cari kerja dan cari rumah 
lain.” Terang Intan.

“ Bukan itu maksud aku. Kau kan dah kahwin, dah ada suami. Tak kira sama ada kau setuju ataupun tidak dengan perkahwinan kau. Kau tetap kena ikut cakap dia. Berdosa kalau kau keluar runah tanpa izin dia.”terang marina kerana dia tidak mahu intan fikir bahawa dia tidak ingin menolong intan.

“ itu aku tahu ina tapi ini je cara yang ada. Lagipun aku nak tenangkan fikiran aku, fikir cara lain selesaikan masalah ni. Tolonglah aku ina.”rayu intan.

Hiba hati marina mendengarnya. “ok, tapi dengan satu syarat.”

“syarat? Syarat apa?”tanya intan kehairanan.

“yup. Masakkan aku tom yam special kau. Rindulah aku dengan masakan kau.”

Akhirnya kedua-dua mereka tergelak.

Sunday, 1 April 2012

TCK BAB2 (i)


BAB2 (i)

“Baiklah papa nanti Niel bagitahu ayah mertuan Niel. Insya-Allah hujung minggu ni Niel bawak isteri Niel balik sana.”kata Luqman di telefon.

Tiba-tiba dia terdengar seseorsang mengetuk dan menolak pintu bilik yang didudukinya. Rupa-rupanya  isterinya itu mahu masuk,terus Luqman memeberi senyuman, namun Intan hanya menjeling. Melihatkan reaksi isterinya itu dia hanya mengakat bahu. Suasana didalam bilik tersebut sunyi tanpa sebarang suara.

Menyedari situasi tersebut terus bertanya kepada isterinya “boleh tak  
abang nak mintak tuala. Nak mandi dengan solat.”

Mendengar sahaja bahasa yang digunakan oleh Luqman terus Intan berpaling dan berkata “ ha?apa yang awak cakap tadi?”

“abang nak tuala sayang. Abang  nak mandi.” Terang Luqman lagi.

“hei awak ni dah tak betul ke?” Tanya Intan pada Luqman

Terkejut Luqman mendengar soalan Intan, lalu dia menjawab                            “Mana ada. Abang normallah sayang. Kenapa sayang Tanya macam tu?”

“Ye la dah lah secukup rasa je awak tawar diri nak kawin dengan saya. Sekarang ni pula secukup berabang bersayang dengan saya.”

Mendengar jawapan isterinya itu terus je Luqman ketawa manakala Intan pula terpingga-pingga.
“sayang sayang. Dah memang itu panggilan yang orang dah kawin guna. Kenapa sa……” belum sempat Luqman bekata-kata terus Intan melempar tuala tepat mengenai muka Luqman. lantas dia mengambil tuala tersebut dan terus masuk kedalam bilik air yang sudah tersedia di dalam bilik tersebut.

Sedang Sulaiman duduk minum kopi tiba-tiba dia disapa oleh menantu barunya itu. 
“Apa yang kamu nak tanya?”soal Sulaiman

“Macam ni ayah, saya dah bagitahu keluarga saya tenang apa yang dah terjadi. Mereka redha dengan apa yang terjadi dan mereka nak jumpa intan. Jadi saya nak mintak izin ayah untuk bawa intan balik kl.”balas luqman.

“Luqman Luqman.Intan tu dah jadi isteri kamu Kamu tak perlu mintak izain dengan ayah. Sebaik sahaja kamu lafazkan akad tadi dia dah pun jadi milik kamu, hak kamu. Kamu boleh nak bawak dia pergi kat mana-mana pun.” Jawab sulaiman.

Mendengar sahaja kata-kata tersebut luqman hanya mengangguk. Tanpa mereka sedari perbualan mereka telah didengari oleh intan.

“ishk...tak boleh jadi ni. Suka-suka hati dia je nak bawak aku jumpa family dia. Buatnya diaorang tak boleh terima aku mcm mana. Boleh mati aku kat situ. Think intan think. Ha aku dah tahu macam mana nak elak daripada ikut dia balik kl.” Bisik hati intan sambil tersenyum. Namun dia tidak menyedari tingkah lakunya itu diperhatikan oleh ibu tirinya.

“emm. Ayah intan nak cakap sikit dengan ayah.” Intan memulakan bicara.

“apa dia yang kau nak cakapkan?” soal sulaiman.

“emm.esok intan kena balik u.”jawab intan walaupun hakikatnya dia sendiri takut.

“balik esok?bukan ke cuti kamu belum habis lagi?kenapa nak kena balik esok?” soal sulaiman kehairanan kerana setahunya anaknya itu masih ada cuti lagi 3minggu.

“macam ni ayah,intan kan dah sem akhir kadi intan kena buat pratikal jadi intan dan kawan-kawan intan ingat nak balik u awal sikit sebaba nak cari tempat pratikal.” Terang intan sambil dalam hatinya berdoa agar ayannya percaya akan kata-kata dia.

Lama sulaiman dia.kemudian dia bersuara. “kamu dah lupa ke yang kamu bukan lagi tanggungjawab ayah tapi tnaggungjawab luqman. Dia sekarang dah jadi suami kamu. Kamu kena mintak izin dengan dia bukan dengan ayah.”

Sebaik sahaja mendengar kata-kata tersebut terus intan mengenggam tangannya kerana terlalu marah. Namun dia terpaksa memaniskan muka dan berkata. 

“maaf ayah intan lupa. Jadi awak boleh tak kalau saya balik u esok??”Tanya intan sambil memandang kearah luqman.

Luqman kaget dengan perubahan sikap isterinya itu,namun dia berasa lega kena dia menyangakan yang intan sudah menerima dirinya.lalu dia mengangguk sambil tersenyum.

Begitu juga dengan sulaiman. Dia menyangkan bahawa anak perempuannya itu sudah redha dengan apa yang terjadi. Lalu intan meminta diri.

Didalam bilik habis bantal dilempar intan melepaskan rasa tidak puas hati.
”dia ingat aku nak berbaik ke dengan dia.huh jangan mimpilah.tadi pun aku pura-pura je supaya ayah percaya cakap aku. Ayah pun satu baik sangat dengan pamuda tu”. Sebaik sahaja mendengar pintyu bilik diketuk dengan pantas intan mengemaskan bantal yang dilemparnya tadi.

Monday, 30 January 2012

Bab 1


BAB 1

Keadaan di rumah Haji Leman begitu riuh rendah dengan suara Sulaiman yang sedang memarahi anaknya dan orang-orang kampung yang bercakap-cakap. Dari bawah lagi telah kedengaran suala Sulaiman sedang memarahi anaknya. 
“Dari kecik aku jaga kau,bagi kau pendidikan, hantar kau belajar kau tinggi-tinggi supaya kau berilmu tahu yang mana betul yang mana tidak. Tapi ini yang kau balas dekat aku dasar anak tak tahu dek untung.” Akibat tidak dapat mengawal marahnya terus ditampar anaknya itu. semua yang berada disitu terkejut dengan tindakan Sulaiman tetapi tiada sesiapa pun yang berani menegur Sulaiman.

Tiba-tiba lelaki asing yang sedang duduk dihadapan bersuara “pak cik jangan buat macam tu pak cik kami tak buat salah. Kami diperangkap, saya berani sumpah demi Allah kami tak buat pape yang salah.”

Semua yang berada disitu terkejut dengan tindakan berani pemuda tersebut. Sulaiman terus memandang pemuda tersebut dan berkata “walaupun kamu berdua tak buat pape, tapi pada pandangan masyarakat anak aku dah buat maksiat. Maruah aku dah tercemar. Mana aku nak letak muka aku ni?”
“ saya sanggup bertanggumgjawab pak cik, saya akan kajwin dengan anak pak cik,saya akan bersihkan maruah pak cik sekeluarga.”

Mendengarkan kata-kata tersebut Sulaiman terus memeluk pemuda tersebut dan berkata “terima kasih nak. Terima kasih banyak-banyak. Alhamdulillah .”

Mendengar sahaja kata-kata pemuda itu dan ayahnya Intan terus menjerit “tak, Intan tak nak kawin dengan dia, Intan tak rela. Intan tak kenal pun siapa dia. Mak cik tolong Intan pujuk ayah jangan kawinkan Intan dengan dia.” Rayu Intan pada ibu tirinya.

Tiba-tiba Sulaiman bangun dan berkata “ haji  saya nak sekarang juga Haji 
kawinkan anak saya dengan pemuda ni”.

Kata-kata tersebut membuat Intan semakin terkejut. Lalu dia bangun dan berlutut dihadapan ayahnya dan berkata “Ayah Intan merayu dengan ayah jangan buat Intan macam  ni ayah. Intan tak kenal pun dia siapa. Banyak lagi perkara yamg Intan masih belum buat. Janji Intan dengan arwah nenek pun Intan belum tunaikan. Tolonglah ayah Intan merayu sangat-sangat dengan ayah.”  
Tanpa mempedulikan kata-kata anaknya itu Sulaiman terus meminta Haji Leman supaya melaksanakan akad nikah tersebut.
Maka dengan sekali lafaz akhirnya Luqman dan Intan telah sah menjad suami isteri. Ketika Luqman cuba menghampiri Intan ,dia terus melarikan diri. 

Melihatkan situasi tersebut Sulaiman terus memarahi anaknya itu  “ kamu ni kenapa ha Intan tak cukup lagi ke kau malukan ayah. Duduk  salam tangan suami kau tu.”  Mendengarkan arahan ayahnya itu Intas terus menyalami tangan suaminya. Sebaik sahaja  Intan menyalami tangannya terus Luqman mencium dahinya membuatkan Intan terkaku seketika.

.......................................................................................................

 Dalam sebuah bilik bergema kedengaran suara orang sedang ketawa seperti telah memenagi durian runtuh. "Hahaha!!!!!kesian kau Sulaiman. Akhirnya berjaya jugak aku balas dendam pada kau.Sekarang semua orang dah pandang serong pada kau dan keluarga kau. Anak yang kau sanjung selama ini dah mebconteng arang kat muka kau. Dan aku akan pastikan yang kau akan bertambah lamu dan aku akan pisahkan keluarga kau daripada kau. Aku akan buat kau terus menderita. Aku akan pastikan kau menderita seperti mana aku menderita" 

   

Tuesday, 24 January 2012

TAKDIR CINTA KITA


TAKDIR CINTA KITA












SINOPSIS:

INTAN SUHANA                                                                              Hanya kerana dendam  dia menjadi mangsa. Dan kerana itu juga dia terikat walaupun bkn itu yang diingininya. Dia nekad  untuk melarikan diri walaupun ianya menyebabkan dia terpisah daripada keluarganya. Tiga tahun kemudian dia kembali ke tanah air dan dia juga yakin  sepenuhnya yang dia tidak tidak akan lagi berjumpa dengan lelaki itu dan dia juga pasti bahawa dia bukan lagi milik lelaki itu.

LUQKMAN DANIAL HAMZAH.                                                            Kerana sebuah kesilapan dia terjebak dan kerana itu juga dia telah menyebabkan terputusnya hubungan seorang anak dan ayah.oleh itu, rela mengambil alih tugas sebagai seorang anak dari isterinya. Berbagai cara yang dilakukannya untuk mencari isterinya itu. malah dia tidak mengetahui bahawa itu semuanya telah dirancang.

??????                                                                                                                              Aku akan pastikan Sulaiman akan menderita dan malu sepertimana yang terjadi pada keluarga. Aku akan musnahkan maruah dan hidup dia sedikit demi sedikit.

Jodoh pertemuan ,ajal & maut telah ditakdirkan oleh-Nya. Siapalah kita untuk menyangkal semua itu. Adakah mereka mereka sememangnya telah ditakdirkan untuk bersama??? Mampukah mereka membersihkan kembali maruah mereka yang telah tercemar itu???siapakahn yang telah merancang semua itu dan apakah m0tif sebenar disebalik semua itu??????????